Wednesday 11 November 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya ingin membentang sebuah topik yang menarik yang saya ingin kongsikan pada anda semua. Topik ini berkenaan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat. 

Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet.  Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

8 comments:

  1. assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    saya ingin menyatakan pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam saudari, terima kasih atas pendapat saudari. Berdasarkan hujah saya di atas, pengaruh rakan sebaya memang besar. Ini kerana rakan sebaya merupakan tempat remaja meluangkan masa, berborak, dan bertukar pendapat. Selain itu, perkembangan emosi mereka ini juga berkembang bagaimana rakan sebaya itu, sama ada rakan sebaya itu rajin belajar ataupun bersopan santun ketika dalam sekolah ataupun luar sekolah. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya memainkan peranan penting.

      Delete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya setuju dengan pendapat saudara dari segi pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya sebaya akan mempengaruhi sosieomosi mereka. Pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga akan menyebabkan perkembangan moral anak-anak tidak berkembang dengan wajarnya jika salah pilih kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dan terima kasih kerana sudi memberi sedikit pandangan pada forum saya ini. Berdasarkan pendapat saudari, saya setuju kerana pergaulan yang kurang dapat perhatian dari pihak keluarga akan menyebabkan perkembangan moral anak-anak tidak berkembang. Ini kerana disebabkan anak-anak salah pilih kawan. Pengaruh rakan sebaya ini amat besar. Mereka boleh mempengaruhi cara bertutur anak-anak, tingkahlakun anak-anak dan cara sosialisasi anak-anak. Sebab itu masa kini ramai anak-anak meninggikan suara dengan ibu bapa. Tidak dengar nasihat ibu bapa, sering keluar tanpa pengetahuan ibu bapa. Ini semua disebabkan impak salah pilih kawan. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memberi perhatian perkembangan anak-anak seharian.

      Delete
  3. assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    saya ingin menyatakan pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap optimum. Kanak-kank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikusalam dan terima kasih atas pendapat saudari. Berdasarkan pendapat saudari, saya dapat simpulkan bahawa intelek memang berkaitrapat dengan sosiemosi remaja. Ini kerana perkembangan intelek ini akan berkembang ke tahap kejayaan optimum jika sosiemosi remaja itu baik. Maksud saya disini, rakan sebaya yang cenderung untuk mencapai kejayaan dalam intelek akan mendorong remaja itu untuk berjaya bersama. Apabila kejayaan itu tercapai, maka sosiemosi itu berlaku iaitu remaja tersebut mencapai kepuasan dalam mencapai kejayaan bersama.

      Delete
  4. Assalamulaikum saudara kasmil, disini saya ingin memberi sedkitit pandangan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Fahmi atas pandangan yang anda berikan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Perkembangan sosioemosi mereka juga akan berkembang kerana dalam hubungan persahabatan, pasti ada sedikit perselisihan faham dianatara mereka. Disitulah sosioemosi mereka akan berkembang. Sekian terima kasih.

      Delete