Saturday 14 November 2015

Kesihatan Mental Kanak-Kanak Di Prasekolah Dan Sekolah Rendah Di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini saya ingin berkongsi topik tentang " Kesihatan Mental Kanak-Kanak Di Prasekolah Dan Sekolah Rendah Di Malaysia". Sebelum saya teruskan hujah saya, saya ingin kongsikan apa itu mental ? Mental berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud psyche, eritanya psikis, jiwa atau kejiwaan. James Draver mendifinisikan mental adalah "revering to the mind" maksudnya adalah sesuatu yang berhubungan dengan fikiran atau fikiran itu sendiri.



Kanak-kanak adalah dunia mainan ataupun dunia bermain. Tetapi adakah mereka ini menghadapi stress yang tinggi ? Kanak-kanak prasekolah ataupun sekolah rendah kemungkinan akan menghadapi stress apabila diberi kerja sekolah yang banyak. Ibu ayah sering memarahi mereka walaupun kesalahan itu hanya kecil. Ibu ayah sering melepaskan kemarahan masalah kerja dan keluarga kepada anak-anak.

Selain itu, kanak-kanak akan tertekan atau stress di sekolah jika guru-guru tidak mengajar secara kreatif. Maksudnya disini, kanak-kanak suka kepada sesuatu yang menggembirakan mereka. Jadi guru-guru harus memberi penekanan dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas dengan diselitkan unsur-unsur permainan yang boleh menghilangkan rasa bosan mereka.



Oleh itu, kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Tidak kira di Malaysia ataupun di negara lain. Jadi, adakah mereka menghadapi stress yang tinggi bagi anda ?

8 comments:

  1. Assalamualaikum. disini saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai kesihatan mental kanak-kanak. seperti yang kita ketahui, kesihatan mental dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Ini kerana, persekitaran yang baik akan menyebabkan perkembangan mental seimbang.Namun, sekiranya dikaitkan dengan penyataan anda bahawa kanak- kanak akan mengalami tekanan perasaan kerana faktor ibu bapa dan guru adalah benar kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya pemikiran yang seimbang pada tahap prasekolah dan sekolah rendah. oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting terhadap penjagaan kanak- kanak supaya mereka tidak mengalami tekanan atau stress pada tahap umur mereka yang masih muda. Ini kerana pada tahap ini, mereka memerlukan bimbingan dalam melakukan sesuatu mereka. Kerana dunia mereka adalah dunia bermain. Oleh itu, kesihatan mental harus dijaga kerana akan mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih saudari atas pandangan yang diberi. Dalam era globalisasi yang kian mencabar dan memerlukan berada di kemuncak pemodenan dunia, kebanyakan ibubapa lebih banyak masa berhadapan dengan kerjaya dan berlumba-lumba untuk mengecapi kemewahan duniawi mereka berbanding dengan anak-anak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan ibubapa kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka dan seterusnya menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka. kanak-kanak yang terabai akan merasakan diri mereka kurang disayangi dan selalu menyendiri. Hal ini menyebabkan stress berlaku pada kanak-kanak.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudara, bagi pendapat saya, keadaan persekitaran di rumah juga mampu menyumbang kepada gejala stress kepada kanak-kanak. Hal ini dapat dibuktikan melalui keadaan rumah yang ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kanak-kanak adalah insan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya bagi membentuk peribadi mereka menuju kearah kedewasaan. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya tanpa mempedulikan anak-anak akan membuatkan kanak-kanak berfikir bahawa ibu bapa mereka tidak lagi sayang kepada mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak terus stress dengan berfikir tentang situasi yang mereka alami dan akan mula memberontak bagi menunjukkan rasa protes mereka kepada ibu bapa. Oleh itu, persekitaran rumah juga mampu menyumbang kearah gejala stress terhadap kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pendapat yang saudari berikan, keadaan persekitaran di rumah juga mampu menyumbang kepada gejala stress kepada kanak-kanak. Hal ini dapat dibuktikan melalui keadaan rumah yang ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kanak-kanak adalah insan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya bagi membentuk peribadi mereka menuju kearah kedewasaan. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya tanpa mempedulikan anak-anak akan membuatkan kanak-kanak berfikir bahawa ibu bapa mereka tidak lagi sayang kepada mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak terus stress dengan berfikir tentang situasi yang mereka alami dan akan mula memberontak bagi menunjukkan rasa protes mereka kepada ibu bapa.

      Delete
  3. Assalamualaikum dan selamat petang saudara kasmil. berdasarkan soalan yang ditujukan oleh saudara , pada pandangan saya kanak-kanak merupakan insan yang lemah dan mereka sepatutnya tidak didedahkan dengan pelbagai masalah atau isu yang tidak sepatutnya. sebagai contoh, kebanyakkan ibu bapa zaman sekarang banyak bergaduh di hadapan anak-anak.Tanpa mereka sedari, anak-anak yang mula membesar akan meniru tingkahlaku atau sebaliknya dan mengalami stress. Kanak-kanak yang mengalami stress kita dapat lihat, mereka akan lebih suka bersendirian dan murung. Bagi saya , kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah juga mengalami stress yang tinggi tanpa ibu bapa sedari. sebagai ibu bapa, guru atau sesiapa yang terdekat perlu mengetahui keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut. Masyarakat di sekeliling juga perlu prihatin terhadap kanak-kanak di sekeliling mereka. mungkin setakat ini sahaja pandangan saya berkaitan forum yang saudara tanyakan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Fahmi, peranan ibu bapa mahupun pendidik di prasekolah sangat memainkan peranan yang tinggi untuk melatih mereka untuk belajar berfikir bermula dengan perkara yang kecil supaya mereka membuat pilihan yang baik dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga sangat mudah terpengaruh disebabkan oleh cara berfikir mereka yg masih berkembang diperingkat awal. Oleh itu, kita jangan memarahi pilihan mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kita perlu bantu mereka dan bimbing mereka untuk mengelakkan mereka daripada stress. Kerana pada peringkat mereka ini, mereka tidak mampu lagi untuk mengawal stress.

      Delete
  4. Salam kasih saudara. Izinkan saya menyatakan pendapat saya sekali lagi. Seperti yang kita tahu, bukan orang dewasa sahaja yang menghadapi stres. Orang dewasa selalunya stres apabila masalah kerja, duit tidak cukup, kemahuan terlalu tinggi tetapi tidak dapat dicapai, stres dengan pasangan, cemburu harta orang lain dan banyak lagi. Kanak-kanak pula akan stres apabila mereka tidak mendapat kasih sayang yang cukup, perlingungan yang tidak baik, keluarga yang berpecah belah serta kemahuan tidak dipertimbangan oleh ibubapa. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang menghadapi stres ialah mereka menjadi tidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.
    Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan, suasanan di rumah dan di sekolah berkaitan dengan aspek pergaulan.

    Pada pendapat saya, kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia emosi mereka masih stabil tidak teruk seperti negara luar. Biasanya, kanak-kanak prasekolah akan stres apabila ibu bapa menghantar ke sekolah. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak dalam lingkungn umur ini, mereka perlukan hubungan yang rapat,mereka mahukan masa lebih untuk bersama-sama dengan keluarga. Manakala kanak-kanak sekolah rendah pula, mereka dikatakan stres apabila ibubapa meletakkan harapan yang tinggi dalam pelajaran. Mereka terpaksa belajar lebih masa untuk mencapai kehendak ibu bapa. Mereka sepatutnya masih perlu diberi peluang untuk masa bermain dengan rakan-rakan yang lain.
    Pada pendapat saya, Stres mereka berada ditahap yang sederhana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari atas perkongsian, bagi saya, gangguan emosi tidak akan terjadi tanpa sebarang isu,konflik atau tekanan dari persekitaran seperti saudari nyatakan. seseorang tidak akan terganggu emosinya sekiranya dia berada dalam keadaan stabil dan tanpa tekanan dari sebarang sumber contohnya ibubapa,persekitaran,kawan sebaya dan sebagainya. bagi saya, gangguan emosi merupakan respon kepada sebarang perkara yang berlaku dan gagal diuruskan dengna baik oleh kanak-kanak atau individu tersebut. Gangguan emosi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan berpunca dari pelbagai sumber akan tetapi keluarga dan kaunselor memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan gangguan emosi pelajar berkenaan dalam mengenal pasti punca, pengurusan dan juga cara rawatan yang sesuai.

      Delete