Saturday 14 November 2015

Kesihatan Mental Kanak-Kanak Di Prasekolah Dan Sekolah Rendah Di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini saya ingin berkongsi topik tentang " Kesihatan Mental Kanak-Kanak Di Prasekolah Dan Sekolah Rendah Di Malaysia". Sebelum saya teruskan hujah saya, saya ingin kongsikan apa itu mental ? Mental berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud psyche, eritanya psikis, jiwa atau kejiwaan. James Draver mendifinisikan mental adalah "revering to the mind" maksudnya adalah sesuatu yang berhubungan dengan fikiran atau fikiran itu sendiri.



Kanak-kanak adalah dunia mainan ataupun dunia bermain. Tetapi adakah mereka ini menghadapi stress yang tinggi ? Kanak-kanak prasekolah ataupun sekolah rendah kemungkinan akan menghadapi stress apabila diberi kerja sekolah yang banyak. Ibu ayah sering memarahi mereka walaupun kesalahan itu hanya kecil. Ibu ayah sering melepaskan kemarahan masalah kerja dan keluarga kepada anak-anak.

Selain itu, kanak-kanak akan tertekan atau stress di sekolah jika guru-guru tidak mengajar secara kreatif. Maksudnya disini, kanak-kanak suka kepada sesuatu yang menggembirakan mereka. Jadi guru-guru harus memberi penekanan dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas dengan diselitkan unsur-unsur permainan yang boleh menghilangkan rasa bosan mereka.



Oleh itu, kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Tidak kira di Malaysia ataupun di negara lain. Jadi, adakah mereka menghadapi stress yang tinggi bagi anda ?

Pelbagai jenis ketidaknormalan kromosom

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi topik yang jarang sekali dibahaskan iaitu berkaitan ketidaknormalan kromosom. Mungkin ada di antara anda pertama kali dengar apa itu kromosom. Sebelum saya huraikan pelbagai jenis ketidaknormalan kromosom. Mari kita berkongsi apa maksud kromosom ? Kromosom adalah untaian material genetik yang terdapat di dalam setiap sel makhluk hidup.Setiap sel yang normal mempunyai 46 kromosomyang terdiri dari 22 pasang kromosom non-sex (kromosom 1s/d kromosom 22) dan 1 pasang kromosom sex (kromosom X dan Y) yang menentukan jenis kelamin.

Kepada pembaca blogger saya yang setia, adakah anda tahu dari manakah kromosom itu ? Mari saya terangkan. Setiap orang mendapatkan 1 dari tiap pasangan kromosom dari ayahnya dan 1 dari ibunya, dengan kata lain setiap orang mendapatkan 23 kromosom dari ayah (dibawa oleh sperma) dan 23 kromosomdari ibunya (dibawa oleh sel telur), yang kemudian jumlah menjadi 46 kromosom (23 pasang) setelah pembuahan. 



APAKAH FUNGSI KROMOSOM ?


Tiap untaian kromosom membawa informasi genetik yang sangat menentukan proses pertumbuhan dan perkembangan janin dan juga fungsi tubuh untuk kehidupan sehari-hari. Proses pertumbuhan ini meliputi pembentukan protein-protein tubuh, sehingga kelainan genetik atau struktur dan jumlah kromosom akan sangat mempengaruhi pembentukan protein-protein tubuh dan dapat mengakibatkan pertumbuhan dan perkembangan janin atau bayi yang tidak normal.
Terdapat pelbagai jenis ketidaknormalan kromosom di mana ketidaknormalan kromosom pada janin boleh diturunkan dari salah satu orang tua yang membawa kelainan kromosom, boleh juga terjadi secara spontan (dengan sendirinya) pada saat proses pembiakan. Usia ibu ketika hamil juga salah satu faktor penyebab ketidaknormalan kromosom. Risiko terjadinya ketidaknormalan kromosom pada janin adalah 4 kali lebih besar jika ibu berusia 35 tahun atau lebih.
ADA BERAPA JENIS PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KETIDAKNORMALAN KROMOSOM?
Ada 2 jenis ketidaknormalan kromosom, iaitu:
Kelainan pada jumlah kromosom, dimana terdapat jumlah kromosom yang berlebihan (disebut dengan trisomi), seperti adanya kromosom yang berjumlah 3 untai (seharusnya hanya 2 untai atau sepasang) atau jumlah kromosom yang berkurang (disebut dengan monosomi), iaitu ada kromosom yang jumlahnya hanya 1 untai.
    Kelainan pada struktur kromosom, diantaranya adalh delesi pada kromosom yang menyebabkan kromosom lebih pendek dari kromosom normal, insersi pada kromosom yang menyebabkan kromosom lebih panjang dari normal dan berpindahnya bagian satu kromosom ke bagian kromosom yang lain atau yang disebut dengan translokasi.
2.   Kelainan kromosom yang paling sering diketemukan pada bayi adalah trisomi, yaitu trisomi 13 (sindroma patau), trisomi 18 (sindroma Edward) dan trisomi 2 (sindroma Down). Definisi dan gejala daripada penyakit-penyakit kelainan kromosomal tersebut adalh sebagai berikut:
Trisomi 13 (sindrom Patau)
Trisomi 13 atau sindrom Patau disebabkan oleh adanya 3 untai kromosom 13 pada tiap sel penderita, sehingga jumlah total kromosom pada tiap selnya adalah 47. Kelainan ini dapat menyebabkan gangguan berat pada perkembangan otak, jantung, ginjal, bibir dan rongga mulut (bibir sumbing) juga pertumbuhan jari tangan dan kaki. Namun kelainan ini sangat jarang terjadi dengan frekuensi 1 dari 8000 sampai 10.000 bayi yang lahir dan biasanya jika gejalanya sangat berat dapat menyebabkan kematian beberapa jam atau beberapa minggu setelah kelahiran.


 
Trisomi 18 (sindrom Edward)
Trisomi 18 atau sindrom Edward disebabkan oleh adanya 3 untai kromosom 18 pada tiap sel penderita. Berlebihnya jumlah kromosom 18 ini jarang terjadi dengan frekuensi 1 dari 1500 bayi yang lahir dan gejalanya adalah terencat mental berat, gangguan pertumbuhan, ukuran kepala dan pinggul yang kecil, dan kelainan pada tangan dan kaki.

Trisomi 21 (sindrom Down)
Trisoma 21 atau yang disebut sindrom Down adalah kelainan kromosom yang paling sering terjadi dengan frekuensi 1 dari 700 bayi lahir dan bahkan lebih sering terjadi pada ibu yang hamil pada usia (>35 tahun). Pada penderita sindroma Down terdapat tiga untai kromosom 21. Jumlah kromosom 21 yang berlebih ini mengakibatkan gejala-gejala seperti terencat mental, kelainan jantung bawaan, berat badan bayi yang kurang normal, pendengaran dan penglihatan berkurang, otot-otot melemah (hipotonia) dan kecenderungan menderita kanser sel darah putih (leukemia).







Thursday 12 November 2015

"Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan"


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blogger saya. Pada hari ini saya ingin berkongsi topik yang saya akan bahaskan iaitu "Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan". Sebelum saya melanjutkan perbahasan saya berkenaan topik ini, saya ingin berkongsi apa itu emosi dan sosial. Yes, apa itu emosi dan sosial ? Mungkin anda pun tertanya-tanya apa itu emosi dan sosial. Menurut Daniel Goleman [2002 : 411] emosi merujuk pada suatu perasaan dan pemikiran yang khas, suatu keadaan biologi dan psikologi dalam kecenderungan untuk bertindak. Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Manakala sosial pula, daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas menyatakan bahawa sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Berdasarkan apa yang dinyatakan apa itu emosi dan sosial, saya dapat simpulkan bahawa emosi dan sosial suatu perasaan yang cenderung bertindak mengikut keadaan biologi dan psikologi seseorang itu manakala sosial pula ialah suatu persekitaran kehidupan sekumpulan masyarakat itu.



Berbalik kepada topik kita, emosi dan sosial merupakan salah satu aset penting dalam kehidupan. Emosi memainkan peranan penting dalam melengkapi sosialisasi kehidupan seseorang itu. Emosi yang tenang, selamat, dan tidak tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni, bahagia, dan biologi yang tenteram. Emosi perlu dijaga dan dikawal dengan baik untuk mencapai kecerdasan emosi. Apabila kecerdasan emosi tercapai, kecerdasan sosial akan lebih mudah untuk digapai. Emosi dan sosial ini saling berkaitan antara satu sama lain untuk mencapai tahap kecerdasan yang baik. Apabila kecerdasan emosi dan sosial ini tercapai, maka dunia pekerjaan akan mudah untuk dijalani. Bekerja dalam keadaan yang tenang, gembira dan ceria.



Jika kecerdasan emosi dan sosial ini terganggu, maka pekerjaan akan terjejas. Oleh itu, kecerdasan intelek tidak memadai. Kecerdasan intelek hanyalah tiket untuk mencapai kerjaya yang baik dan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Namun, jika kecerdasan emosi dan sosial tidak dijaga maka pekerjaan akan terjejas. Perasaan dan emosi yang tertekan, mudah marah, kualiti pengurusan dalam perkerjaan merosot, kebahagian keluarga merudum dan dikelilingi dengan perasaan yang tidak selesa walaupun bergaji tinggi.



Oleh itu, emosi dan sosial haruslah dijaga dan dikawal dengan baik untuk menjaga prestasi kerja dan mencapai kebahagian kehidupan yang diingini. Sekian.  

Wednesday 11 November 2015

Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi topik menarik iaitu "perapatan" . Apa itu perapatan ? Perapatan merupakan hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Tujuan perapatan ini adalah untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Perapatan mempunyai empat jenis iaitu perapatan selamat, perapatan pengelakan, perapatan penentangan dan perapatan penentangan bercelaru. Perapatan selamat bermaksud sedih bila ditinggalkan dan gembira bila ibu kembali. Perapatan pengelakan pula ialah bermaksud cemas bila ditinggalkan dan mempamerkan tingkah laku bila ibu kembali. Seterusnya perapatan penentangan bermaksud risau dan tertekan bila ditinggalkan dan menunjukkan kemarahan bila ibu kembali manakala perapatan penentangan bercelaru bermaksud menangis dan memanggil ibunya di muka pintu tetapi cepat-cepat beredar apabila mendapati ibunya kembali.



Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting untuk membentuk ikatan antara bayi dan penjaga. Menurut Teori Erikson ini, perapatan sudah bermula sejak dari bayi lagi. Erti kata lain, perapatan amat penting dalam sesebuah keluarga untuk membentuk ikatan keluarga yang bahagia. Namun akan timbul masalah jika tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ahli keluarga terutama dengan bapa yang mana sesuai dengan topik yang saya ingin kongsikan ini. Jika dilihat dari sudut perapatan dengan bapa, aspek disiplin amat dititikberatkan kepada anak-anak sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang bapa. Apabila hubungan perapatan dengan bapa itu kurang maka akan timbul masalah anak-anak seperti kurangnya disiplin dalam diri, anak berani lawan cakap orang tua, mudah terpedaya dengan pengaruh dunia luar yang negatif, anak tidak berani menyuarakan permasalahan terhadap bapa, dan kurangnya komunikasi dengan bapa di mana ini amat penting untuk mengeratkan perhubungan perapatan antara seorang anak dengan bapa.



Oleh itu, perhubungan perapatan itu amat penting dalam sesebuah keluarga. Terutamanya perhubungan perapatan dengan ketua keluarga. Ketua keluarga ataupun seorang bapa merupakan seorang pendidik dalam semua aspek pada isteri dan anak-anak. Kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa akan cenderung untuk bertindak ganas, menggunakan ungkapan atau ayat kasar dan suka menunjukkan sikap memberontak. Perapatan penyumbang kepada pembentukan personaliti individu itu.

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya ingin membentang sebuah topik yang menarik yang saya ingin kongsikan pada anda semua. Topik ini berkenaan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat. 

Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet.  Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Sunday 4 October 2015

SETELAH SEKIAN LAMA, BLOGGER TERBIAR BEGITU SAJA DAN SAYA PUN TAK TAHU SAYA ADA BLOGGER. TAKUT TINGGAL FLIGHT PUNYA PASAL, HANYA TAJUK SAJA YG SY SEMPAT BUAT.

LELAKI...YES,LELAKI... MESTI RAMAI YANG INGIN TAHU DAN TAK NAK AMBIK TAHU PASAL LELAKI. LELAKI MERUPAKAN SEORANG YANG SIMPLE TETAPI DALAMAN BANYAK BENDA YANG PERLU DIKETAHUI TERUTAMANYA GOLONGAN WANITA. IBARAT SEBUAH KERETA, LUARAN KITA BOLEH LIHAT DAN NILAI SESEBUAH KERETA ITU BAIK ATAU TIDAK UNTUK DIGUNAKAN. TETAPI JIKA DILIHAT DARI DALAMAN IAITU DARI SEGI ENJIN, BARU KITA TAHU KERETA MANA YANG PATUT DIGUNAKAN, KERANA KERETA KITA GUNAKAN BUKAN UNTUK 2 ATAU 3 HARI, TETAPI UNTUK JANGKA MASA YG PANJANG, BEGITU JUGA MANUSIA MEMERLUKAN SESEORANG PENDAMPING UNTUK JANGKA MASA PANJANG.

OK, BANYAK BENDA SAYA POPAK POPAK NI, SAYA AKAN BAGI SATU TIPS BAGAIMANA UNTUK MENGENALI SEORANG LELAKI ITU MINAT DENGAN ANDA. HAAAAAA.....DA MULA LA TU SENYUM SENDIRI DAN EXCITED NAK BACA... HIHIHII...

 1. Si dia tidak malu berbual dengan wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg diminati dia akan terkelu jadi batu farenggi jap.

2. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punyai kekasih kerana baginya selagi belum berkawen tak semestinya jodoh. saya pun belum kawen so boleh la kalau nak usha-usha, promote diri nampak. kannnnn... hahahaha.

3. Si dia akan tunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai mati. haaaaa yg ni parok niii.. aku pun tak nak expain. hahaha..

4. Si dia akan menerima kekurangan anda.

5. Si dia tidak pernah rasa bosan walaupun sudah berjam lamanya menunggu anda bersiap keluar nak lunch. sebabnya da biasa tunggu gf bersiap. punya lamaaa nk siap. lelaki sempat lagi nak tidur, main game, melancong ke bali dan mcm mcm laa.. haaaa nampak tak.

6. Si dia akan cemburu bila melihat anda berbual dgn lelaki lain.

7. Si dia tidak mahu menjadi couple anda tetapi 'isterinya'. haaaa ni baru betul. mula la tu nk berangan. hahaha. tu je la perkongsian 7 tips petala cinta langit dan bumi dari aku.