Thursday 12 November 2015

"Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan"


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blogger saya. Pada hari ini saya ingin berkongsi topik yang saya akan bahaskan iaitu "Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan". Sebelum saya melanjutkan perbahasan saya berkenaan topik ini, saya ingin berkongsi apa itu emosi dan sosial. Yes, apa itu emosi dan sosial ? Mungkin anda pun tertanya-tanya apa itu emosi dan sosial. Menurut Daniel Goleman [2002 : 411] emosi merujuk pada suatu perasaan dan pemikiran yang khas, suatu keadaan biologi dan psikologi dalam kecenderungan untuk bertindak. Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Manakala sosial pula, daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas menyatakan bahawa sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Berdasarkan apa yang dinyatakan apa itu emosi dan sosial, saya dapat simpulkan bahawa emosi dan sosial suatu perasaan yang cenderung bertindak mengikut keadaan biologi dan psikologi seseorang itu manakala sosial pula ialah suatu persekitaran kehidupan sekumpulan masyarakat itu.



Berbalik kepada topik kita, emosi dan sosial merupakan salah satu aset penting dalam kehidupan. Emosi memainkan peranan penting dalam melengkapi sosialisasi kehidupan seseorang itu. Emosi yang tenang, selamat, dan tidak tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni, bahagia, dan biologi yang tenteram. Emosi perlu dijaga dan dikawal dengan baik untuk mencapai kecerdasan emosi. Apabila kecerdasan emosi tercapai, kecerdasan sosial akan lebih mudah untuk digapai. Emosi dan sosial ini saling berkaitan antara satu sama lain untuk mencapai tahap kecerdasan yang baik. Apabila kecerdasan emosi dan sosial ini tercapai, maka dunia pekerjaan akan mudah untuk dijalani. Bekerja dalam keadaan yang tenang, gembira dan ceria.



Jika kecerdasan emosi dan sosial ini terganggu, maka pekerjaan akan terjejas. Oleh itu, kecerdasan intelek tidak memadai. Kecerdasan intelek hanyalah tiket untuk mencapai kerjaya yang baik dan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Namun, jika kecerdasan emosi dan sosial tidak dijaga maka pekerjaan akan terjejas. Perasaan dan emosi yang tertekan, mudah marah, kualiti pengurusan dalam perkerjaan merosot, kebahagian keluarga merudum dan dikelilingi dengan perasaan yang tidak selesa walaupun bergaji tinggi.



Oleh itu, emosi dan sosial haruslah dijaga dan dikawal dengan baik untuk menjaga prestasi kerja dan mencapai kebahagian kehidupan yang diingini. Sekian.  

9 comments:

  1. Selamat sejahtera saudara, saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai "Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan" . Berdasarkan pengetahuan saya, kecerdasan emosi dan sosial merupakan aset yang penting dalam semua aspek terutama lagi dalam dunia pekerjaan. Ini kerana emosi yang tenang, selamat, dan tidak tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni, bahagia, dan sosial persekitaran yang tenteram. Apabila hal ini berlaku, pekerjaan akan lebih selesa dan kualiti perkerjaan semakin meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dengan pandangan saudari, emosi perlu dijaga dan dikawal dengan baik untuk mencapai kecerdasan emosi. Apabila kecerdasan emosi tercapai, kecerdasan sosial akan lebih mudah untuk digapai. Dan apabila hal ini berlaku, pekerjaan lebih selesa dan tidak stress.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudara, saya ingin memberi sedikit pandangan. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek tidak berupaya dalam membentuk ahklak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Keadaan ini membolehkannya mudah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam saudari, memang betul apa yang saudari katakan. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan. Semua ini dapat dilakukan melalui pengajaran daripada pengalaman. Pengurusan emosi dan sosial ini akan stabil melalui pengalaman yang dilalui. Setiap perkara yang dilakukan dapat dikawal melalui pengajaran pengalaman yang dilalui dulu. Kecerdasan intelek tidak memadai jika emosi dan sosial terganggu.

      Delete
  3. Salam sejahtera, saya amat tertarik akan pernyataan yang anda lontarkan, pada pendapat saya, memang keupayaan intelek itu sangat penting dan perlu ada dalam setiap individu, namun pada zaman sekarang kestabilan emosi dan sosial itu lagi di ukur, sebab ini melibatkan kelakuan, sikap dan cara kita bergaul dan menjalankan kerja dengan rakan sekerja atau majikan yang mana dinilai oleh mereka ini, contohnya, jika kita sebagai pekerja yang mudah marah apabila dipenuhi dengan kerja-kerja perfailan dan melepaskan memarahan itu kepada orang lain, maka dari situ terlihatlh sikap tidak profesional dalam bekerja malah menimbulkan pertelingkahan di antaranya. Oleh, itu dalam sektor kerajaaan dan swasta bagi pemilihan pekerja haruslh menguji tahap kestabilan emosi dan sosial pekerjanya bagi mengelakkan perkara negatif berlaku. Serta pihak majikan janganlah terlalu memilih akan tahap intelek pekerjanya dalam pemilihan pekerja. Ini adalah pendapat dari saya. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dengan pendapat saudari, kecerdasan emosi sememangnya perlu ada dalam diri seseorang dan tidak ketinggalan juga kecerdasan sosial. Apabila kecerdasan emosi dan sosial tercapai, maka dunia pekerjaan akan mudah untuk dijalani. Bekerja dalam keadaan yang tenang, gembira dan ceria.Jika kecerdasan emosi dan sosial ini terganggu, maka pekerjaan akan terjejas. Oleh itu, kecerdasan intelek tidak memadai. Kecerdasan intelek hanyalah tiket untuk mencapai kerjaya yang baik dan pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudara, sememangnya rakyat Malaysia kurang sedar akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam diri membantu mereka dalam bidang pekerjaan. Masyarakat hanya menitikberatkan penguasaan kecerdasan intelektual dalam diri mereka, kerana mereka berpendapat kemahiran intelektual yang membantu mereka terus kekal berjaya dalam kerjaya. Persepsi mereka yang memandang mudah terhadap penguasaan kecerdasan emosi dapat kita lihat pada masa kini dengan penularan stress di tempat kerja. Kawalan emosi yang tidak berkesan adalah punca permasalahan ini berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih saudara fahmi atas perkongsian. Individu yang menguasai kemahiran kecerdasan emosi akan bijak menangani masalah perasaan, dan ianya akan membantu mereka menjadi pekerja yang mempunyai emosi yang stabil dan jauh dari gejala stress. Dan sememangnya, di Malaysia masih belum menyedari akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam sektor pekerjaan buat diri mereka. Rakyat Malaysia umumnya, sangat memerlukan pengawalan emosi dan penguasaan emosi dalam diri bagi membantu mereka mengekalkan kelangsungan mereka dalam sektor pekerjaan selain daripada terus mengasah kemahiran intelektual mereka untuk terus maju dalam bidang kerjaya masing-masing.

      Delete
  5. The Wizard at Lucky Club: The Wizard at Lucky Club
    Lucky Club. The Wizard at Lucky Club offers a wide variety of games. Learn about their games luckyclub.live at Lucky Club, where you can choose your favourite game.

    ReplyDelete