Wednesday 11 November 2015

Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi topik menarik iaitu "perapatan" . Apa itu perapatan ? Perapatan merupakan hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Tujuan perapatan ini adalah untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Perapatan mempunyai empat jenis iaitu perapatan selamat, perapatan pengelakan, perapatan penentangan dan perapatan penentangan bercelaru. Perapatan selamat bermaksud sedih bila ditinggalkan dan gembira bila ibu kembali. Perapatan pengelakan pula ialah bermaksud cemas bila ditinggalkan dan mempamerkan tingkah laku bila ibu kembali. Seterusnya perapatan penentangan bermaksud risau dan tertekan bila ditinggalkan dan menunjukkan kemarahan bila ibu kembali manakala perapatan penentangan bercelaru bermaksud menangis dan memanggil ibunya di muka pintu tetapi cepat-cepat beredar apabila mendapati ibunya kembali.



Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting untuk membentuk ikatan antara bayi dan penjaga. Menurut Teori Erikson ini, perapatan sudah bermula sejak dari bayi lagi. Erti kata lain, perapatan amat penting dalam sesebuah keluarga untuk membentuk ikatan keluarga yang bahagia. Namun akan timbul masalah jika tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ahli keluarga terutama dengan bapa yang mana sesuai dengan topik yang saya ingin kongsikan ini. Jika dilihat dari sudut perapatan dengan bapa, aspek disiplin amat dititikberatkan kepada anak-anak sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang bapa. Apabila hubungan perapatan dengan bapa itu kurang maka akan timbul masalah anak-anak seperti kurangnya disiplin dalam diri, anak berani lawan cakap orang tua, mudah terpedaya dengan pengaruh dunia luar yang negatif, anak tidak berani menyuarakan permasalahan terhadap bapa, dan kurangnya komunikasi dengan bapa di mana ini amat penting untuk mengeratkan perhubungan perapatan antara seorang anak dengan bapa.



Oleh itu, perhubungan perapatan itu amat penting dalam sesebuah keluarga. Terutamanya perhubungan perapatan dengan ketua keluarga. Ketua keluarga ataupun seorang bapa merupakan seorang pendidik dalam semua aspek pada isteri dan anak-anak. Kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa akan cenderung untuk bertindak ganas, menggunakan ungkapan atau ayat kasar dan suka menunjukkan sikap memberontak. Perapatan penyumbang kepada pembentukan personaliti individu itu.

8 comments:

  1. Assalamualaikum saudara, saya bersetuju dengan pendirian saudara yang menyatakan bahawa perhubungan perapatan dengan bapa amatlah penting kepada anak-anak. Ini kerana, perhubungan yang tidak rapat akan menyebabkan timbulnya masalah kepada mereka. Mereka akan mengalami masalah perubahan sikap seperti memberontak, menggunakan ayat kasar dan cenderung untuk bertindak ganas. Sekiranya dibiarkan tidak mustahil masalah ini akan menguasai diri anak-anak sehingga meningkat ke alam dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pendapat saudari, memang perhubungan yang tidak rapat akan menimbulkan masalah kepada anak-anak. Kita boleh lihat pada masa kini,anak-anak sudah tidak takut dengan perintah bapa. Mereka berani melanggar perintah bapa. Contohnya, mereka berani keluar rumah waktu malam walaupun bapa telah memberi perintah jangan keluar rumah waktu malam. Perubahan sikap ini disebabkan kurangnya perapatan dengan bapa. Mereka kurang meluangkan masa dengan bapa. Mereka kurang mendengar nasihat daripada seorang bapa. Oleh itu, perkara ini harus diambil perhatian agar masalah ini tidak menguasai diri anak-anak.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudara, saya bersetuju dengan pendirian saudara yang menyatakan bahawa perhubungan perapatan dengan bapa amatlah penting kepada anak-anak. Antara masalah yang timbul sekiranya anak tidak rapat dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dengan bapa akan menyebabkan anak tidak dapat mengetahui pendedahan awal dalam pengurusan diri dan menyelesaikan masalah mereka.

    Selain itu, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa juga akan menyebabkan anak kurang mendapat kasih sayang. Keadaan ini akan membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yang lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa dengan keadaan yang mereka hadapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dan terima kasih atas komen saudari. Jika dilihat dari sudut perapatan dengan bapa, aspek disiplin amat dititikberatkan kepada anak-anak sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang bapa. Apabila hubungan perapatan dengan bapa itu kurang maka akan timbul masalah anak-anak seperti kurangnya disiplin dalam diri, anak berani lawan cakap orang tua, mudah terpedaya dengan pengaruh dunia luar yang negatif, anak tidak berani menyuarakan permasalahan terhadap bapa, dan kurangnya komunikasi dengan bapa di mana ini amat penting untuk mengeratkan perhubungan perapatan antara seorang anak dengan bapa.

      Delete
  3. Assalamualaikum saudara, saya bersetuju dengan pendirian saudara yang menyatakan bahawa perhubungan perapatan dengan bapa amatlah penting kepada anak-anak. Ini kerana, perhubungan yang tidak rapat akan menyebabkan timbulnya masalah kepada mereka. Mereka akan mengalami masalah perubahan sikap seperti memberontak, menggunakan ayat kasar dan cenderung untuk bertindak ganas. Sekiranya dibiarkan tidak mustahil masalah ini akan menguasai diri anak-anak sehingga meningkat ke alam dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara fahmi, memang betul apa yang saudara katakan. Perubahan sikap mereka ini sememangnya berkaitrapat dengan hubungan perapatan dengan bapa. Sikap mereka ini berubah dan akan mengusai diri mereka sehingga meningkat dewasa. Perubahan sikap ini juga akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak seperti melawan cakap orang tua, berkasar dengan bapa dan tidak dengar nasihat bapa. Oleh itu, perapatan dengan bapa ini amat penting untuk anak-anak kerana bapalah seorang pembimbing, pendidik dan pemberi nasihat dalam semua aspek kehidupan.

      Delete
  4. assalamualaikum.
    disini saya ingin mengemukakan pendapat saya bahawa secara umumnya ibu bapa merupakan unit yang bertanggungjawab dalam perkembangan kanak-kanak termasukalah dalam perkembangan sosial,rohani,emosi dan intelek.Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa akan menjadi seorang kanak-kanak yang panas baran dan sentiasa menujukkan ketidakpuasan hati mereka. hal ini disebabkan oleh role model seorang bapa yang menujukkan sikap panas baran mereka. ini juga disebabkan oleh tiada pihak yang ingin memeberikan nasihat positif kepada kanak-kanak bahawa setiap perlakuan yang dilakukan oleh mereka adalah sikap yang negatif. kanak-kanak juga mungkina akan menghadapi tekanan hidup yang tinggi. ini disebabkan oleh sikap bapa mereka yang tidak menumpukan perhatian dan peranan mereka sebagai seorang bapa. kanak-kanak yang kurang mendapatkan perhatian bapa mereka akan mengjadapi tekanan emosi secara tidak langsung. mereka akan bersikap cemburu dan iri hati dengan bapa rakan mereka yang sentiasa menerima sepenuh perhatian bapanya.
    nak akan merasa tidak dihargai apabila ibubapa tidak mengambil berat tentang apa yang mereka lakukan samaada di rumah atau di sekolah. Wujud juga pelbagai masalah yang melibatkan masyarakat seperti kes curi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih atas perkongsian saudari. Saya amat setuju juga dengan apa yang saudari nyatakan bahawa bapa merupakan seorang role model dalam hubungan perapatan. Sedikit sebanyak ilmu saya semakin bertambah atas perkongsian ilmu saudari.

      Delete